KONTENA MENJADI TEMPAT SOLAT BERJEMAAH PENDUDUK JALAN SUKEPI
Penduduk Rayu Sumbangan Orang Ramai Percepatkan Pembinaan Surau
"KAMI JEMAAH SURAU ANNUR JALAN SUKEPI MERAYU CUKUPKAN DANA PEMBINAAN SURAU, KAMI MAHU BERSOLAT JEMAAH DENGAN SELESA,".
SURAU ANNUR JALAN SUKEPI PERLU DANA RM2.7 JUTA UNTUK DIBANGUNKAN
TELOK PANGLIMA GARANG - Surau Annur Jalan Sukepi dibina bagi menampung keperluan penduduk untuk melakukan ibadah termasuk solat Jumaat kekal selepas diberi keizinan serta mendapat keizinan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Populasi penduduk di Jalan Sukepi semakin bertambah saban tahun akibat daripada faktor pembangunan pesat taman perumahan seperti Taman Srikandi dan Bentara yang baharu di kawasan itu.
Malah surau sedia ada dan masjid berdekatan juga tidak mampu menampung jemaah setiap kali solat berjemaah diadakan terutama pada hari Jumaat.
Berikutan itu, suku ekar tapak pembinaan telah diwakafkan oleh Allahyarham Kustiah Binti Mantelab, manakala suku ekar lagi telah dibeli oleh Jawatankuasa Surau Annur dengan harga RM250, 000.
Hal ini, telah diluluskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan didaftarkan oleh Pejabat Tanah Kuala Langat, berdasarkan surat rujukan Bil (7) dalam PWS/BPP/004-1/001/1/K.LGT/174 bertarikh 27 Januari 2017.
Surau Annur yang bakal dibina akan memudahkan penduduk dan jemaah melakukan sebarang aktiviti serta solat Jumaat kerana mempunyai ciri-ciri keperluan sebuah masjid.
Manfaat dari pembinaan Surau Annur Jalan Sukepi :
- boleh memuatkan 1,000 jemaah dalam satu-satu masa
- bangunan dibina 2 tingkat untuk menampung jemaah
- Jumaat kekal telah diluluskan oleh JATOM ( jawatankuasa teknikal masjid,JAIS)
- mempunyai bilik kuliah dan mesyuarat
- mewujudkan bilik pengurusan jenazah
- mempunyai ruangan parkir yang sesuai
Kronologi dan masalah pembinaan
Jawatankuasa pembinaan Surau Annur Jalan Sukepi
Begitupun projek pembinaan surau ini terhenti akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, pada tahun 2020 sehingga 2021 sehingga menyebabkan segala perancangan untuk mencari dana terbatas.
Walaupun begitu, jawatankuasa Surau Annur telah membeli empat kabin kontena untuk dijadikan surau sementara pada tahun 2022 lalu dengan kapasiti jemaah 70 hingga 100 orang.
Kronologi dan proses pembinaan Surau Annur Jalan Sukepi :
- Bermula tahun 2017, tanah seluas 0.25 ekar (suku tanah) diwakafkan oleh Allahyarham Kustiah Binti Matelab.
- Tahun 2018, tambahan tanah seluas 0.25 ekar (suku tanah)
- Tahun 2019 merancang pembelian tanah yang berharga RM250, 000
- Tahun 2020 tiada sebarang aktiviti kutipan dana kerana PKP
- Tahun 2021 juga tiada sebarang aktiviti kutipan dana kerana masih PKP
- Tahun 2022, bayaran pendahuluan belian tanah telah dibuat sebanyak RM100,000
- Tahun 2023, kutipan dana sedang giat dijalankan untuk menampung kos belian tanah serta pembangunan Surau Annur
Alhamdulillah dengan usaha melancarkan pelbagai kempen kutipan dana daripada pelbagai pihak, Jawatankuasa Surau Annur telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM413,936.30 setakat bulan Oktober 2022 lalu.
Akaun CIMB Islamic
| RM 141, 470.30
|
Akaun BIMB PWS
| RM 272,466.00
|
Jumlah Kutipan | RM 413,936.30
|
Semoga dengan terbinanya sebuah surau di kawasan ini, ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat dan memberi keselesaan kepada mereka ketika beribadah kepada Allah. Semoga pemberi sumbangan bersedekah, berinfak, dan berwakaf memperolehi ganjaran di dunia dan akhirat.
"Dengan keikhlasan anda, maka moga berbaliklah kebaikan di dunia dan akhirat kelak,".
Renungan :
Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, berdasarkan dalam apa yang diriwayatkan dari Allah S.W.T, (hadis qudsi), “Sesungguhnya, Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan”.Kemudian baginda menjelaskan hal itu :
“Barang siapa yang berniat berbuat baik, namun tidak mengamalkannya, maka Allah mencatat di sisiNya sebagai 1 kebaikan yang sempurna untuknya. Jika dia berniat berbuat baik, ternyata dia jadi mengamalkannya, maka Allah mencatat di sisiNya 10 kebaikan hingga sebanyak 700 kali lipat. Barang siapa yang berniat buruk, namun tidak mengamalkannya, maka Allah mencatat di sisiNya suatu 1 kebaikan. Jika dia berniat buruk dan ternyata dia jadi mengamalkannya, maka Allah mencatatnya sebagai 1 keburukan”. [Hadis Bukhari].
Dokumen dan surat akuan kebenaran.